Muffin Nanas

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
1 mangkuk gula perang
5 biji telur (pukul putih & kuningnya berasingan)
2 sudu besar susu pekat manis
ΒΌ cawan susu cair 2 sudu kecil esen vanila
6 keping nanas tin (dihiris halus)
1 sudu besar madu lebah
1 biji kuning telur
1 mangkuk tepung kek

Cara-cara

Pukul mentega & gula sehingga sebati & masukkan kuning telur. Masukkan susu pekat & susu cair. Kemudian masukkan esen vanila & pukul hingga sebati. Masukkan nanas yang telah dihiris tadi & pukul lagi. Kemudian masukkan tepung kek berselang-seli dengan putih telur sedikit demi sedikit & kacau hingga rata. Tuangkan adunan tersebut ke dalam
bekas & bakar pada suhu sederhana. Setelah permukaan muffin perang sedikit,
sapukan campuran madu & kuning telur ke atasnya, bakar lagi hingga masak.