Ramuan / Bahan

Tepung Berserbuk Penaik "Blue Key" 300g(1/3 kotak)
Gula kastor 150g (2/3 cawan)
Susu tepung(kecuali Anlene) 15g (2 sudu makan)
Lemak/Marjerin 120g (½ cawan)
Madu 30g (5 sudu makan)
Telur 90g (2 biji telur)
Air 165g (¾ cawan)
Perasa Vanila 3g (½ sudu teh)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius(C)/350 Farenheit)
2.Pukul gula, susu tepung,mentega/marjerin bersama madu hingga kembang.
3.masukkan telur secara perlahan-lahan sehingga habis.
4.Ayak tepung berserbuk penaik "Blue Key" dan masukkan ke dalam adunan tadi silih berganti dengan air sehingga habis tepung itu.
5.Kisar bersama buah-buahan yang digunakan untuk membuat inti.
6.Letakkan adunan itu ke dalam acuan muffin atau ke dalam acuan kek mangkuk.
7.masukkan ke dalam oven selama 20-25minit.