Muffin 'Sunny Morning'

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan tepung serbaguna
½ cawan tepung jagung
¾ cawan gula
2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh serbuk soda
½ sudu teh garam
3 biji telur (dipukul sedikit) 2 biji putih telur (dipukul hingga keras)
¾ cawan minyak sayuran
2 cawan lobak merah (diparut)
½ cawan kacang walnut (dicincang)
½ cawan kismis emas
½ nanas segar (dicincang)

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 350C. Ayak kedua-dua tepung bersama gula, serbuk kayu manis, serbuk soda dan garam ke dalam mangkuk besar. Dalam mangkuk kecil, campurkan telur dengan minyak dan tuangkan ke dalam adunan tepung. Kacau hingga bahan-bahan yang kering menjadi lembap. Masukkan lobak merah, walnut, kismis dan nanas ke dalam adunan dan akhiri dengan putih telur. Tuang butter ke dalam bekas muffin yang telah digriskan dan bakar selama 25 hingga 30 minit atau uji dengan lidi untuk menentukan sama ada ia sudah masak. Sejukkan muffin sebelum dikeluarkan.