Muffin

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum 150 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu cair
4 sudu kecil air

Cara-cara

Pukul mentega dan gula selama 5 minit. Masukkan telur, kedua-dua jenis tepung, susu dan air. Pukul lagi selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C.