Kuih Apam (II)

Ramuan / Bahan

250 g gula pasir
500 ml air tapai
600 g tepung beras 500 ml air
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
½ biji kelapa parut, ambil bahagian putih dan gaul dengan sedikit garam

Cara-cara

Satukan tepung beras bersama gula pasir dan air tapai di dalam mangkuk, kacau hingga ia sebati. Masukkan air, gaul dan tapis ke dalam mangkuk lain. Perap ia, 4 jam. Sediakan pengukus dan atur cawan kecil di dalamnya. Panaskan ia dahulu. Bahagikan bancuhan kepada tiga bahagian, bubuh pewarna. Tuang adunan berlainan warna ke dalam acuan kecil. Buat hingga habis bancuhan. Kukus ia, 15 minit. Biar ia sejuk. Keluarkan kuih apam dari acuan dan hidang bersama kelapa parut.