Moscovis Gulung

Ramuan / Bahan

Bahan A:
280 gm kuning telur
100 gm gula aising
1 sudu besar (ovelette)

Bahan B:
12 gm tepung gandum
8 gm susu tepung Bahan C:
220 gm marjerin
25 gm susu pekat

Bahan D:
120 gm buah campuran
20 gm badam keping

Cara-cara

Pukul bahan A hingga gebu. Masukkan bahan C dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bahan B. Panaskan acuan persegi. Bakar selapis (setiap lapis 70 gm) hingga masak dan kemudian selapis lagi. Bila masak tiga lapis, tabur buah campuran. Setelah itu tabur pula badam keping. Ulang lagi proses memasak lapis demi lapis hingga habis. Apabila masak, keluarkan kek daripada acuan dan sapu dengan susu atau jem. Gulung kemas.