Moist chocolate cake

Ramuan / Bahan

25 gm serbuk coklat
75 gm gula perang (boleh diganti dgn gula merah)
90 ml jus oren (lebih kurang 6 sudu makan)
2 biji telur (diasingkan putih dan kuning)

100 gm gula caster
100 gm marjerin/mentega
150 gm tepung gandum
sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu segar
1 sudu teh vanila

Cara-cara

Mula-mula masak serbuk coklat, jus oren dan gula perang sehingga mendidih dan berkilat. Biarkan larutan sejuk. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Pukul putih telur sehingga gebu. Dalam bekas berasingan, pukul mentega/marjerin dan gula caster sehingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu serta vanila. Seterusnya masukkan larutan coklat dan campuran tepung sedikit demi sedikit. Masukkan pula susu dan akhir sekali putih telur. Kaup balikkan adunan kek supaya sebati. Tuang adunan dalam acuan bulat berdiameter 7 inci dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga kek masak.