Moist Choco Cake

Ramuan / Bahan

Bahan A:
6 ¼ oz tepung gandum
12 ½ oz gula castor
2 ¼ oz serbuk koko
2 camca kecil soda bikarbonat
1 ½ camca kecil baking powder
secubit garam Bahan B:
8 oz minyak jagung
8 oz susu cair
6 oz air panas
2 biji telur
3 camca kecil nescafe
sedikit esen vanila

Bahan Topping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
½ cawan air
2 sudu makan butter

Cara-cara

1. Campurkan suma bahan A.
2. Kemudian masukkan minyak jagung, kacau sampai rata.
3. Kemudian masukkan pula susu cair, kacau sampai rata.
4. Masukkan nescafe ke dalam air panas dan masukkan ke dalam adunan tadi.
Kemudian masukkan telur satu persatu dan sedikit esen vanila.
5. Bila dah rata tu, masukkan dlaam loyang saiz 11 inci dan bakar selama 40 minit.
6. Untuk topping,masukkan semua dalam periuk dan masak atas api sampai pekat dan sejukkan.