Lapis Kopi

Ramuan / Bahan

130 g gula kastor
120 g tepung halus
75 ml air
3 biji telur
Sedikit parutan kulit lemon
Sedikit garam
Sedikit serbuk penaik Bahan krim:
200 g gula pasir
100 g tepung kastad
100 ml santan
2 sudu besar jeli segera
Sedikit kelapa kering
Sedikit pewarna hijau
Sedikit perisa pandan

Cara-cara

Pukul telur, gula kastor dan kulit lemon. Tuangkan air sambil dikacau rata. Masukkan tepung kastad, serbuk penaik dan garam. Gaulkan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit. Potong kek pada 3 banagian. Satukan bahan krim kecuali kelapa kering dan masak hingga pekat. Sapukan krim pada setiap bahagian kek dan lapiskan. Kemudian sapukan pada permukaan kek dan taburkan kelapa kering.