Kuih Apam (I)

Ramuan / Bahan

5 biji telur
125 gm gula halus
1 tin susu sejat cair
1 cawan esen vanila/esen Ros
250 gm tepung gandum, diayak 1 sudu gula
Pelbagai bahan perwarna makanan
2 cawan ibu apam atau 1 cawan susu
2 sudu besar ragi kering, digaul & biarkan ia naik

Cara-cara

Pukul telur & gula hingga pekat. Campurkan esen secara berselang-selang, masukkan tepung yang telah di ayak & susu sejat cair. Masukkan ibu apam atau adunan penaik. Betulkan kekentalan adunan dengan sedikit air panas jika terlalu pekat, atau dengan tepung jika terlalu cair. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan warna yang berlainan. Ketepikan dengan bertutup selama 3-4 minit. Tuangkan satu bahagian berwarna dalam sebuah pinggan yang rata bawahnya atau periuk dan tunggu hingga ia kembang dengan sama rata. Buat begitu kepada dua bahagian yang lain. Kukus hingga adunan itu naik & masak. Biarkan sejuk. Hidangkan setelah dipotong-potong.