Lapis Keladi

Ramuan / Bahan

20 biji kuning telur
9 diambil putihnya
500 gm mentega
300 gm gula halus
100 gm tepung gandum
4 sudu makan susu pekat 1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan jilk atau ovalett
100 gm keladi (direbus dan isinya dilenyek halus)
Sedikit pewarna ungu

Cara-cara

Mentega, susu pekat dan esen vanila dipukul sampai putih lalu diketepikan. Putih telur dipukul bersama baking powder hingga separuh kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan jilk dan kuning telur. Pukul lagi sampai naik pekat. Ayakan tepung ke adunan telur sambil dikacau rata. Keladi yang telah direbus dan dilenyek halus tadi pula dicampurkan ke adunan mentega. Satukan kedua-dua bahagian. Satu diwarnakan dengan pewarna ungu dan satu lagi dibiarkan warna asal. Lapiskan adunan berselang-seli dengan warna asli dahulu, kemudian diikuti dengan warna ungu. Lapislah sehingga habis dengan menggunakan api grill.