Lapis Durian

Ramuan / Bahan

300 gm mentega
350 gm gula halus
150 gm durian yang telah dimasak (lempuk)
70 gm tepung gandum 30 gm tepung susu
30 biji kuning telur
½ sudu makan jilk atau ovalett
1 sudu makan esen perasa durian

Cara-cara

Mentega dan durian(lempuk), dipukul sambil kembang dan ringan lalu ketepikan. Pukul telur dan gula hingga separuh kembang, masukkan jilk sambil dipukul lagi hingga pekat. Masukkan tepung dan tepung susu, dikacau rata. Setelah rata, masukkan adunan mentega tadi serta esen perasa durian dan gaul hingga sebati. Bakar selapis-selapis hingga habis.