Lapis Coklat Peppermint

Ramuan / Bahan

20 biji kuning telur
9 diambil putihnya
500 gm mentega
400 gm gula halus
170 gm tepung gandum
3 sudu makan susu pekat 150 gm 'cooking chocolate' (perlu dicairkan dan diambil 2/3 sudu makan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan jilk atau ovalett
2 sudu makan esen perasa peppermint
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Pukul putih telur separuh kembang lalu masukkan gula, jilk dan kuning telur. Pukul lagi sampai naik dan pekat. Mentega pula dipukul bersama esen vanila dan susu pekat. Mentega dipukul bersama esen vanila dan susu pekat. Setelah putih dan ringan, tuangkan ke dalam adunan telur tadi. Ayakan juga tepung sambil dikacau rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu dicampurkan 'cooking chocolate', satu lagi campurkan dengan esen peppermint serta beberapa titik pewarna hijau, manakala yang satu lagi dibiarkan asli. Dengan menggunakan api grill, bakar selapis-selapis dengan warna asli di bawah sekali. Diikuti dengan coklat dan akhir sekali warna hijau. Ulang sampai adunan habis.