Kek Vanila Berkelapa

Ramuan / Bahan

250 g tepung gandum ]
1 camca teh serbuk penaik] diayak
Secubit serbuk buah pala ] bersama
250 g mentega
250 g gula kastor
5 biji telur
1 camca teh esen vanila Bahan untuk lapisan kelapa:
75 g gula kastor ]
75 g mentega ] digaul rata
110 g kelapa parut kering]

Cara-cara

Mentega, esen vanila dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan tepung. Gaulkan adunan sehingga rata. Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah dilenserkan dengan marjerin cair dan beralas kertas minyak. Taburkan campuran lapisan kelapa ke atas permukaan kek dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 190C atau menggunakan gas nombor 5 selama 40-45 minit.