Kuih Abu

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa (dibuang kulit arinya dan diparut)
1 cawan beras pulut (dibasuh, ditoskan, dijemur dan dikisar/digiling halus) 1 camca teh garam
125 gm gula Melaka (dipotong dadu)
Daun pisang (dibuat bentul kon)

Cara-cara

Gaulkan kelapa, garam dan tepung beras pulut. Uli rata-rata supaya menjadi suatu adunan yang mudah dibentuk. Cubitkan adunan itu sedikit-sedikit. Isikan setiap satu dengan beberapa ketul gula Melaka. Bungkuskan tiap-tiap satu di dalam sehelai daun pisang dan sematkan hujungnya dengan lidi. Kukus hingga masak. Hidangkan dengan bungkusannya sekali.