Kek Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

5 biji telur
1 ½ cawan gula halus
1 ½ cawan mentega
1 ½ cawan tepung gandum
3 cawan ubi kayu ( yang diparut )
½ tin susu manis
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan vanila

Cara-cara

1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung, susu, baking powder, ubi kayu dan gaul sehingga sebati.
4. Bakar selama 45 minit.