Kek Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

3 cawan ubi kayu (diparut)
1 cawan kelapa parut
3 biji telur
1 ½ cawan gula 1 cawan santan pekat
1 sudu teh pewarna kuning
250 gm mentega

Cara-cara

Bubuh isi parutan ubi kayu ke dalam bekas. Masukkan telur, gula lalu dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan santan pekat tadi dan kacau sambil dimasukkan mentega bersama pewarna kuning. Lapikkan periuk arcoflam dengan daun pisang dan akhir sekali tuangkan adunan tersebut ke dalamnya. Bakar selama 45 minit atau sehingga kuning keemasan di dalam suhu kepanasan 300C, dapur gas Mark 4-5.