Kek Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin
2 biji telor ayam 1 ½ cawan ubi kayu (diparut halus)
1 cawan santan kelapa
2 sudu besar pati santan

Cara-cara

Mula-mula gula dipukul dengan marjerin sehingga kembang. Setelah itu, masukkan telor yang telah dipukul, ubi kayu dan santan kelapa. Sebelum dibakar, alaskan acuan dengan daun pisang dan masukkan adunan tadi. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana panas selama 30 minit. Pati santan disapukan ke atas kek yang telah masak. Bakar lagi selama 1 minit.