KEK TUPPERWARE

Ramuan / Bahan

20 Biji kuning telur
6 Biji putih telur
4 Sudu Makan Susu manis
1 Bungkus Tepung Ice Cream Perasa Vanilla
250gm tepung Hongkong
250 gm Gula Halus
450gm Mentega
1 Sudu Makan Ovallate
Pewarna Ungu, Merah, Kuning , Hijau

Cara-cara

Pukul telur, ovallate, gula , tepung dan ice cream hingga pekat. Mentega dan susu dipukul hingga putih lalu masukkan ke dalam adunan telur. Gaul hingga rata. Bahagikan kepada 4 bahagian : Ungu, merah, kuning, hijau. Satu bahagian di bakar dua lapis.