Kek Tinta Sukma Sri Sarawak

Ramuan / Bahan

10 biji telur
16 oz mentega
2 cawan gula halus
1 tin susu manis
2 cawan tepung biskut roti merie
1 botol horlicks
5 sudu milo
5 sudu nescafe
Esen vanila

Cara-cara

Krimkan mentega dan gula.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan susu manis dan diikuti dgn tepung biskut merie dan esen vanila.

milo dan nescafe di bancuh dengan sedikit air panas supaya sebati.

Sendukkan 3 sudu bancuhan tadi ke dalam mangkuk kecil dan gaulkan dengan sedikit pes milo sehingga rata.

Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan lebih kurang 10 - 15 min.

Keluarkan loyang, masukkan pula 3 senduk bancuhan kek yang telah dicampur horlicks. Kukus.

Untuk lapisan ketiga, campurkan bancuhan dengan nescafe, dan kukus.

Lapiskan kek sehingga habis.

Kukuskan lapisan terakhir lebih kurang setengah jam, pastikan kek masak, baru diangkat.