Kek Tembikai

Ramuan / Bahan

1 sudu teh vanila
7 biji telur ayam
1 tin kecil marjerin
1 tin planta gula pasir 50sen koci hitam
2 tin planta tepung gandum
1 camca teh baking powder
pewarna merah & hijau

Cara-cara

Pukul marjerin & gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur. Bila sebati masukkan tepung yang sudah diayak dengan baking powder. Kacau hingga sebati. Ambil 2 cawan adunan itu dan warnakan hijau. Selebihnya diwarnakan merah. Tuang adunan merah ke dalam acuan kecil & bakar hingga masak. Angkat & masukkan ke dalam adunan hijau. Bakar lagi hingga masak. Angkat potong dan letakkan koci ditengahnya.