Kek Sultanas

Ramuan / Bahan

1 kg kismis
250 g mentega
240 g tepung naik sendiri
240 g tepung gandum
500 g gula halus 250 ml jus mangga
125 ml jus oren
6 biji telur
2 sudu kecil rempah kek
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Satukan mentega, gula halus, jus mangga, jus oren dan kismis. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau. Apabila sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji diselang dengan tepung gandum, tepung naik sendiri, rempah kek dan esen vanila. Gaulkan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama satu jam.