Kek Suji Buah

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
75 gm tepung gandum
125 gm gula merah
8 biji kuning telur
2 biji putih telur
150 gm suji, digoreng 50 gm kulit limau
150 gm sultana
50 gm ceri
50 gm badam
½ camca teh vanila

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula dan vanila hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul putih telur berasingan hingga naik. Campurkan pada bancuhan kuning telur. Gaul rata dan ketepikan. Gaul tepung gandum dan suji goreng bersama kulit limau, sultana, ceri dan badam. Kemudian masukkan di dalam bancuhan kuning telur. Kacau rata. Apabila siap, masukkan didalam tin pembakar. Bakar sejam menggunakan kepanasan 180 darjah.