Kek Suji

Ramuan / Bahan

453 gm mentega
340 gm gula halus
3 biji putih telur 226 gm semolina
226 gm serbuk badam
13 biji kuning telur

Cara-cara

Putar mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar rata.

Masukkan semolina. Putar lagi dan masukkan serbuk badam. Ketepikan.

Putar putih telur hingga kembang. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan kuning telur. Putar rata.

Tuang ke dalam acuan dan bakar selama satu jam pada suhu 200 darjah Celcius.