Kek Sri Maharani

Ramuan / Bahan

375 gm mentega
350 gm tepung berserbuk penaik (diayak)
350 gm gula pasir
4 biji putih telur
4 biji kuning telur 20 gm serbuk koko
1 camca kecil esen vanila
3 camca besar air suam
krim segar secukupnya

Cara-cara

Putar putih telur hingga naik dan kembang, dan ketepikan sebentar. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan putar lagi hingga rata. Masukkan esen vanila dan kacau. Masukkan putih telur pula dan kacau perlahan-lahan. Setelah itu, masukkan pula tepung sedikit-sedikit dan kacau lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan koko yang telah dilarutkan dengan air suam. Manakala satu bahagian tanpa warna. Sediakan dua tin pembakar yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Tuangkan kedua-dua adunan ke dalam tin pembakar berasingan. Bakarlah hingga masak. Setelah masak, sejukkan kek sebentar. Kemudian sapukan krim segar ke atas lapisan coklat rata-rata. Letakkan pula lapisan kek biasa di atasnya. Sapukan sekali lagi krim segar pada lapisan ini secukupnya dan taburkan dengan ricihan coklat dan gula-gula hiasan.