Kueh Bom Nyonya

Ramuan / Bahan

Untuk dohnya:

1) 2 ½ cawan tepung beras pulut
2) 1 cawan tepung kanji
3) 2 cawan ubi keledek rebus yang dilecekkan.
4) ½ cawan gula
5) 1 cawan crisco (vegetable shortening)
6) 1 - 1 ½ cawan air
7) 150 gm biji bijan Untuk Indinya:

1) 400 gm kacang tanah goreng kisar halus
2) 1 - 1 ½ cawan gula
3) ½ cawan lotus seed paste (optional)
4) 1 - 2 cawan air

Semua bahan di masak dengan api yang perlahan hingga kacang pekat, tapi jangan sampai kering atau keras. Sudah sejuk, boleh bulatkan untuk inti.

Cara-cara

Cara-cara membuat dohnya:

Gaulkan kesemua bahan kecuali air. Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga betul-betul lembut dan tak meleket. Air mengikut keadaan doh itu.

Ambil doh sedikit, leperkan nipis-nipis dan isi inti kacang yang dibulatkan. Golekkan dengan biji bijan. Selepas itu, goreng dengan minyak yang sederhana panas . Kueh itu mesti tenggalam dalam minyak itu supaya tidak meletup.