Kek Span Coklat

Ramuan / Bahan

250 gm tepung (sponge mix)
300 gm telur
60 gm air
1 sudu besar pes coklat
60 gm mentega cair Bahan untuk Krim Coklat:
500 gm coklat
380 gm (whipping cream)
1 sudu teh mentega cair

Cara-cara

Pukul semua bahan hingga gebu. Masukkan ke dalam acuan bulat dan bakar selama 40 minit. Setelah masak, sejukkan dan potong tiga lapis.

Cara membuat Krim Coklat:
Cairkan coklat menggunakan cara double boiler. Campurkan whipping cream dan mentega cair. Kacau sebati. Sapukan krim pada setiap lapis kek dan simpan selama satu jam di dalam peti sejuk. Keluarkan dan sapu seluruh kek dengan krim dan setelah itu taburkan parutan coklat.