Kek Span Bersantan

Ramuan / Bahan

240 g tepung naik sendiri
180 g gula halus
180 g mentega
4 biji telur
2 sudu besar jus oren 2 sudu besar oat
Sedikit krim putar (dipukul)
Sedikit biskut butang
Sedikit biskut jejari coklat

Cara-cara

Pukul telur dan gula halus hingga naik. Masukkan mentega dan pukul lagi hingga kembang. Kemudian masukkan tepung naik sendiri, santan, jus oren dan oat. Gaulkan hingga adunan sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10x10 sm. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C selama 20 minit. Hiaskan kek dengan krim putar, biskut butang dan jejari coklat.