Kek Songsang Aprikot Berhalia

Ramuan / Bahan

7 camca besar mentega tanpa garam
1/3 cawan gula perang
1 kaleng aprikot, sirapnya diasingkan
cawan ceri merah, dibelah dua
cawan gula halus
1 biji telur
cawan gula nira (light molasses)
cawan susu cair Bahan diayak bersama:
1 cawan tepung serba guna
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk halia
camca teh garam

Cara-cara

Panaskan ketuhar 160'C. Sapu tiga camca besar mentega di dalam acuan dan biarkannya cair sebentar di dalam ketuhar. Keluarkan acuan dari ketuhar dan tabur gula perang pada serata acuan. Susun aprikot dan ceri merah di bahagian bawah acuan. Ketepikan. Pukul baki mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur, gula nira dan susu cair. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan-bahan diayak bersama sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sejam atau hingga masak.