Kek Sinar Suria

Ramuan / Bahan

180 gm mentega
180 gm gula halus
180 gm tepung naik sendiri
3 biji telur 120 gm coklat putih
4 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen ros
Sedikit pewarna merah & kuning

Cara-cara

Masak coklat putih (4 minit). Keluarkan, masukkan susu pekat & kacau hingga sebati. Mentega & gula dipukul hingga kembang, masukkan esen ros & telur. Kacau & masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaupkan hingga rata & masukkan coklat putih yang dimasak tadi & kacau hingga sebati sebelum dibahagi 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan merah & satu lagi diwarnakan kuning. Alaskan acuan kek berbentuk bulat dengan kertas minyak. Tuangkan 1 sudu besar adunan merah ke dalam acuan kemudian tuangkan pula 1 sudu besar adunan kuning ke atasnya. Ulangi proses ini, hingga habis. Bakar dalam ketuhar suhu 160'C atau sehingga kek masak. Sejukkan baru dipotong.