Kek Serbuk Kulit Kayu Manis Bersirap

Ramuan / Bahan

6 biji telur
1 ½ cawan gula kastor
1 ½ cawan tepung berserbuk penaik
4 camca besar tepung kastard
6 camca teh serbuk serbuk kulit kayu manis 370 gm mentega, dicairkan
1 ½ cawan kacang walnut, dicincang
2 cawan gula
1 ½ cawan air

Cara-cara

Pukul telur hingga likat dan berkrim, sedikit demi sedikit masukkan gula dan kacau hingga ia larut. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama tepung kastad dan serbuk kulit kayu manis. Masukkan pula mentega, kacau rata diikuti dengan walnut. Tuangkan adunan ke dalam acuan sesuai dan bakar selama 30 minit. pada suhu 180'c. Setelah masak, keluarkan kek dan tuangkan sirap diatasnya. Hidangkan ketika panas atau sejuk.

Cara membuat sirap:
Satukan gula dan air, kacau diatas api sederhana hingga pekat.