Kek Senandung Malam

Ramuan / Bahan

120 gm coklat masakan, dihiris
2 biji putih telur
300 gm gula halus
2 biji kuning telur
120 gm mentega
340 gm tepung berserbuk penaik
125 ml krim masam 1 camca teh esen mawar
125 ml air
Coklat glis, ceri dan krim putar - bahan hiasan
200 gm coklat masakan - upam coklat
40 gm mentega - upam coklat
2 camca besar air - upam coklat
3 camca besar gula aising, diayak - upam coklat

Cara-cara

Lapikkan kertas kalis minyak pada tin bakar berukuran 25 cm dan sapu sedikit mentega pada tin (seelok-eloknya gunakan spring form). Cairkan coklat menggunakan double-boiler dan ketepikan. Putar putih telur bersama 50 gm gula hingga kental. Putar kuning telur bersama baki gula dan mentega hingga kembang. Masukkan coklat cair (suam), tepung, krim masam, esen mawar dan air. Putar bahan-bahan ini dua minit atau hingga betul-betul sebati. Kaup dan balikkan putih telur ke dalam adunan hingga rata. Bakar adunan 45 minit - 1 jam pada suhu 180'C. Apabila kek masak biarkan ia sejuk di dalam tin 10 minit baru dikeluarkan. Apabila kek betul-betul sejuk baru dihias dengan upam coklat, krim dan ceri. Untuk membuat upam coklat pula, cairkan coklat bersama mentega dan air menggunakan double-boiler. Kacau coklat hingga halus dan berkilat. Angkat dan sejukkan. Masukkan gula dan putar hingga kental.