Kek Sarche Torte

Ramuan / Bahan

170 gm mentega
170 gm gula kastor
70 gm serbuk roti
70 gm coklat masakan (dicairkan)
6 biji telur (kuning diasingkan)
70 gm coklat masakan
Sedikit Whipping Cream
Sedikit susu cair

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Apabila adunan mentega dan gula sudah kembang masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga adunan telur sebati.
Setelah itu masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.Kacau sebati dan ketepikan. Di mangkuk yang lain pukul putih telur hingga kembang.
Setelah kembang, masukkan putih telur ke dalam adunan tadi berselang seli dengan serbuk roti. Kacau hingga adunan betul-betul sebati. Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam dulang pembakar dan masak selama 40-50 minit dengan suhu 180 darjah.
Untuk membuat topping, cairkan coklat di dalam periuk. Apabila coklat telah cair, masukkan whipping cream dan susu cair. Kacau hingga coklat nampak pekat dan berkilat. Tuangkan ke atas kek dan ratakan.