Kek Sarang Semut

Ramuan / Bahan

5 auns mentega
6 auns gula halus
8 auns tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar esen pandan 1 sudu teh serbuk penaik
1 tin kecil kelapa parut
Sedikit pewarna hijau
Jem secukupnya

Cara-cara

Gula dan mentega dipukul hingga kembang. Pukul telur berasingan sampai naik dan masukkan ke dalam adunan mentega. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Masukkan tepung yang diayak bersama tepung penaik, sedikit-sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata. Masukkan dalam tiga acuan pembakar yang disapu minyak dan bakar sehingga masak. Sesudah masak, keluarkan daripada acuan dan sapu jem yang telah dipanaskan ke atas kek dan lapiskan yang kedua dan ketiga. Akhir sekali sapu jem dia atas lapisan ketiga dan tabur kelapa secukupnya.