Kek Sandwich Victoria

Ramuan / Bahan

6 oz tepong naik sendiri
6 oz gula caster
6 oz mentega/majerin
3 biji telor ayam
secubit garam
3 sudu besar jem
1 sudu besar gula ising

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Sediakan 2 loyang pembakar bersaiz 9 inci. Sapukan mentega dan alas dengan kertas pembakar.

2. Tepong diayak bersama garam dan campurkan bersama gula caster, mentega dan telor di dalam mangkuk . Gunakan mesin pengisar tangan dan kisar hingga adunan menjadi kembang dan keputihan.

3. Bahagi dua adunan dan isi ke dalam loyang. Bakar selama 25 minit.

4. Bila masak angkat dan sejukkan. Sapukan jem di atas salah satu kek dan lapiskan dengan kek yang satu lagi. Taburkan gula ising (gunakan penapis kecil) di atas permukaan kek.