Kek Roselle Garden

Ramuan / Bahan

Bahan A:
130 gm gula kastor
500 gm telur
15 gm (1 sudu kecil) ovellete
50 gm air dari peti sejuk
150 gm campuran span kosong (plain sponge mix) Bahan B:
25 gm koko
150 gm mentega cair suam
(Campur keduanya kacau rata)

Bahan-bahan hiasan:
250 gm krim pukul - dipukul kembang
Sedikit jem roselle

Cara-cara

Pukul bahan A dengan kederasan tinggi hingga kembang. Campurkan bahan B dan kacau dengan spatula hingga rata. Tuangkan ke dalam acuan yang berlapik serta berleser majerin. Bakar hingga masak. Dengan menggunakan sukatan yang sama buat lagi sekeping kek dan bakar dalam acuan yang sama besar. Sapu krim pukul atas sekeping kek dan sandwickan sekeping lagi di atasnya. Salut kek dengan lebihan krim tinggalkan bahagian tengahnya dan ratakan jem roselle. Picit krim pukul bentuk jaring. Warnakan lebihan krim dan hias keliling dan sudut bahagian atas kek.