Kek Rangup Gulung Strawberi

Ramuan / Bahan

4 biji kuning telur
½ cawan gula halus, dibahagi dua
1 camca teh esen vanila
4 biji putih telur
¼ camca teh garam
Sedikit krim tartar
¼ cawan tepung serba guna
½ cawan walnut, dicincang halus
1 ½ cawan strawberi, dicincang halus Bahan-bahan inti:
2 camca teh kopi segera
5 camca teh susu cair
¼ camca teh esen vanila
1 cawan gula aising
1 cawan krim putar

Cara-cara

Putar kuning telur bersama sebahagian gula dan esen vanila hingga betul-betul kembang (apabila diangkat adunan dengan senduk, ia bertali-tali). Putar putih telur setengah kembang baru masukkan garam dan krim tartar hingga likat. Masukkan sebahagian lagi gula. Putar lagi hingga buih telur boleh tegak apabila dikacau. Masukkan tepung dan walnut berselang seli ke dalam adunan telur. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan yang dilapik kertas minyak dan bakar 8-12 minit pada suhu 200'C. Sementara itu, bentang tuala dapur dan ayakkan gula di atasnya supaya kek tidak melekat apabila diletakkan di atas tuala itu. Apabila kek masak, keluarkan dari acuan dan letakkan di atas tuala dapur tadi. Buangkan kertas minyak pelapik kek. Gulung kek dengan tuala dapur rapat-rapat. Simpan sebentar di dalam peti sejuk. Untuk menyediakan intinya, larutkan kopi segera bersama susu cair dan masukkan bersama esen vanila yang dipanaskan ke dalam gula aising. Kacau rata. Pukul krim putar hingga kembang dan masukkan strawberi cincang. Kacau rata. Keluarkan kek dan letakkan di atas papan canai yang ditabur sedikit gula halus. Sapu bancuhan kopi pada permukaan kek. Ratakan bancuhan krim putar di atas bancuhan kopi tadi. Kemudian gulung kek kemas-kemas dan hias mengikut suka.