Kroket Daging Kisar

Ramuan / Bahan

4 camca besar tepung
3 camca besar mentega
Sedikit garam & serbuk lada sulah
1 biji bawang besar, dicincang halus
¼ kg daging kisar, direbus hingga empuk ½ cawan air
1 cawan susu segar
1 biji telur, untuk dicelup
½ cawan serbuk roti kering
1 ½ cawan minyak, untuk menggoreng

Cara-cara

Goreng bawang bersama mentega hingga naik baunya. Masukkan daging & gaul sebati. Campur tepung, garam & serbuk lada sulah. Tuang air & susu. Gaul sebati. Bentukkan bebola & sapukan serbuk roti kering. Celup ke dalam telur & goreng hingga kuning.