Kek Prun Coklat

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk tepung naik sendiri
5 biji telur (asingkan putih & kuning)
1 tin buah prun tanpa biji
cawan susu cair 4 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate fudge
mangkuk serbuk coklat
2 sudu besar serbuk kopi
Air panas secukupnya

Cara-cara

Pukul kuning telur. Cairkan serbuk coklat & kopi dengan air panas & biarkan sejuk. Masukkan esen vanila & kacau sehingga sebati. Kisarkan buah prun. Ketepikan. Pukul mentega sehingga tidak bergentel, kemudian masukkan gula halus & dipukul hingga sebati. Masukkan kuning telur, pukul lagi hingga kembang,
masukkan susu pekat & teruskan memukulnya. Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan putih telur sambil teruskan mengacaunya. Kemudian masukkan susu cair tadi. Masukkan buah prun yang telah dikisar & larutan coklat. Kacau hingga sebati. Masukkan adunan itu ke dalam bekas & bakar dalam suhu agak sederhana (perlahan) dalam masa 45 minit hingga 1 jam.