Kek Pisang Terbalik

Ramuan / Bahan

3 biji pisang emas (dimayang)
1 sudu teh gula halus
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh marjerin atau mentega (dicairkan)
1 cawan gula halus 2 camca teh esen vanila
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu

Cara-cara

Ambil acuan yang dalam, taburkan sesudu teh gula halus dan serbuk kayu manis. Taburkan juga satu sudu teh marjerin atau mentega. Aturkan pisang di atasnya. Campurkan mentega atau marjerin dengan gula, vanila, telur, tepung dan susu di dalam mangkuk. Putar dengan pengadun elektrik selama 3 minit. Tuangkan adunan cair di atas pisang dan bakar selama 30 - 45 minit. Apabila sejuk bolehlah diterbalikkan.