Kek Pisang Epal

Ramuan / Bahan

250 gm tepung naik sendiri
125 gm mentega
2 biji telur
80 gm kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
90 gm gula perang
Setitik esen vanila
1 biji pisang raja (cincang kecil-kecil) Bahan-bahan hiasan kek:
2 biji epal (buang kulit dan hiris 2 cm tebal)
1 sudu makan jem buah-buahan

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada 180C. Ayak gula dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan lain dan kacau mengunakan pemukul tangan. Masukkan ke dalam kaserol atau acuan empat segi. Susun hirisan epal di atasnya. Bakar selama 40 minit. Setelah masak, sapu bahagian atas dengan jem buah-buahan yang dicampur sedikit dengan air panas.