Kek Pisang Berfrosting

Ramuan / Bahan

225 mentega tanpa garam
1 cawan gula halus
2 biji telur ayam
1 cawan pisang emas, dilecek
1/3 cawan tairu
1 camca teh vanila

Bahan diayak bersama:
1 cawan tepung gandum serba guna
camca teh garam
1 camca teh soda penaik Bahan-bahan frosting pisang:
340 gm keju krim, biar pada suhu bilik
cawan pisang emas, dilecek
1 cawan gula aising
cawan walnut, dipanggang dan ditumbuk

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan dua acuan kek berukuran 20 cm x 5 cm dengan sedikit mentega. Kemudian ayak sedikit tepung. Buang lebihan tepung yang tidak melekat pada acuan. Pukul mentega bersama gula dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga rata baru masukkan secawan pisang lecek. Masukkan bahan-bahan diayak bersama berselang-seli dengan tairu dan esen vanila. Tuang adunan ke dalam acuan kek dan bakar 30-35 minit hingga masak. Sejukkan kedua-dua kek sebelum dihias dengan frosting pisang. Untuk menyediakan frosting pisang, pukul keju krim hingga sebati dan masukkan pisang lecek. Masukkan gula aising dan pukul hingga sebati. Sapukan frosting pada permukaan salah satu kek dan tangkupkan satu lagi kek di atasnya. Hias sekeliling kek dengan walnut tumbuk.