Khenom Peek

Ramuan / Bahan

Sedikit garam
3 cawan tepung pulut
½ biji kelapa parut putih
1 ½ cawan kacang hijau, buang kulitnya 1 ½ cawan gula
1 cawan bijan, disangai
4 cawan air

Cara-cara

Rebus kacang hijau dengan sedikit garam hingga empuk. Tuskan airnya, asingkan setengah cawan untuk menggaul kuih. Sangai bijan dan campurkan dengan gula begitu juga kacang hijau rebus yang setengah cawan tadi. Gaulkan bersama garam serta kelapa parut. Uli tepung pulut dengan air hingga boleh dibentuk. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti karipap. Didihkan air dan celur adunan hingga timbul. Tuskan airnya gaulkan ke dalam campuran kelapa di atas, aturkan ke dalam pinggan dan tabur bijan bergula untuk memaniskan kuih.