Kek Permaisuri

Ramuan / Bahan

60 gm mentega
60 gm gula hangus
60 gm tepung gandum 1 biji telur (dipukul)
½ sudu teh baking powder
30 gm kismis

Cara-cara

Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, tepung dan baking powder balik-balikkan supaya rata.

Masukkan kismis yang telah digaulkan dengan sedikit tepung. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar hingga masak.