Kek Perancis

Ramuan / Bahan

2 biji telur (diasingkan kuning dan putih)
½ cawan susu
½ cawan gula halus
½ sudu teh esen vanila 1 sudu besar mentega (dicairkan)
½ cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar badam (dicincang)
1 sudu besar kelapa kering

Cara-cara

Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit dan pukul lagi. Kemudian masukkan kuning telur. Pukul sampai gula hancur. Masukkan susu dan vanila. Masukkan tepung dan kacau sampai sebati. Masuk sesudu mentega cair. Bakar dalam acuan yang disapu minyak 30-35 minit. Keluarkan daripada acuan dan sapu mentega cair selebihnya di atasnya dan tabur badam serta kelapa kering.