Kek Peram Coklat Chip 2

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan:
2 cawan Gula Pasir
1 cawan Magerin
3 cawan Tepung gandum
1 cawan Serbuk Koko

1 camca teh baking Powder
1 camca teh Soda bikabonat
1 ½ cawan Air
1 cawan coklat chip
5 Biji telor

Cara-cara

Cara:
Campurkan gula pasir dan magerin di kacau rata dan keputihan.
Tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikabonat diayak bersama dan dimasukkan di dalam adunan magerin beserta air tadi. Kacau semuanya hingga sebati dan tidak bergentel dan rata. Adunan ini hendaklah diperam selama 1 1/2 jam.
Selepas itu baru masukkan telur dan kacau telur hingga betul2 bersatu dengan adunan tepung. Akhir sekali masukkan pula coklat chip. lenserkan acuan (dengan sedikit magerin dan tepung). Masukkan adunan tadi kedalam acuan dan bakarlah adunan ini selama 1jam 15 minit atau sehingga masak.