Kek Peach

Ramuan / Bahan

375 g tepung naik sendiri
250 g mentega
200 g gula halus
2 sudu besar susu sejat
1 sudu kecil esen vanila 500 g coklat masakan
100 g coklat putih
100 g krim putar (dipukul)
9 biji buah peach (dibelah dua)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula pasir hingga lembut. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul. Kemudian masukkan tepung naik sendiri, susu sejat dan esen vanila. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C selama satu jam.

Bahan krim:
Cairkan coklat masakan dan coklat putih dengan cara double boiler secara berasingan. Bila kek sejuk, sapukan krim coklat diatasnya. Susunkan buah peach dan tuangkan coklat cair hingga rata. Hiaskan dengan krim putar.