Kek Pasir Roboh

Ramuan / Bahan

5 biji telur ayam
2 ½ gelas tepung gandum (½ kati)
1 ½ gelas gula (½ kati)
1 tin mentega (1 lb)
Sedikit pewarna merah dan koko 1 tin buah hitam
1 tin susu cap junjung
1 sudu teh vanila
1 sudu teh baking powder

Cara-cara

Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masukkan telur, susu dan baking powder serta vanila. Kacau lagi hingga sebati. Masuk tepung dan buah hitam yang sudah dibuang bijinya dan potong kecil (digaul dengan sedikit tepung) barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi. Letakkan warna merah dan warna koko.