Kek Pandan Chiffon

Ramuan / Bahan

4 oz tepung naik sendiri
5 oz gula kaster
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
¼ sudu teh garam 4 sudu besar minyak jagung
5 sudu besar air
½ sudu besar cream of tartar
½ sudu teh esen vanila
Sedikit jus pandan

Cara-cara

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Lubangkan tengah-tengah, masukkan minyak, kuning telur, air, vanila dan jus pandan. Kacau rata-rata sampai adunan itu halus. Tabur cream of tartar ke atas putih telur dan pukul sampai putih dan naik. Tuangkan adunan tepung ke dalam putih telur dan kacau perlahan-lahan sehingga rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama satu jam.