Kek Pandan Berkrim

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
220 gm tepung berserbuk penaik
180 gm gula halus
4 biji telur
½ cawan susu cair
1 camca teh Quick 75 1 camca teh esen vanila
2 camca teh pewarna merah
2 camca teh pewarna kuning
2 camca teh pewarna hijau
1 camca besar krim vanila
Sedikit kelapa parut berkaleng

Cara-cara

Kacau mentega dan tepung berserbuk penaik sehingga ia rata. Masukkan gula halus dan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga ia kembang.

Masukkan susu cair, Quick 75 dan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga ia kembang.

Bahagikan adunan tepung kepada tiga bahagian. Setiap adunan dibubuh pewarna merah, kuning dan hijau.

Ratakan adunan di dalam tin bakar berlengser mentega. Bakar adunan satu demi satu pada suhu 190 darjah Celcius selama 20 minit.

Sejukkan ketiga-tiga adunan kek sebelum dilapiskan krim vanila dan ditabur kelapa parut.